m e & u

Daisypath Friendship tickers

Thursday, October 31, 2013

resepi lasagna

Entry yang panjang... 


Resepi tuk buat lasagna nie aku dpt dari kak ana.. one my favorite blogger. rmi dh kenal rasanyer. so popular tp sgt la humble.
 http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/  aku ada derhaka skit2 je dr resepi yang dia buat. hihihih. yg aku derhaka part gravy bolognese tu. yang lain mmg ikut sifu.

bahan bahan yg korg perlukan tuk gravy :

1. bawang merah dipotong dadu (xde gmbr)
2. daging or ayam cincang ramly burger (lg sedap pki daging)
3. Sos prego. (korg boleh tukar pki brand lain. lately nie byk cite psal sos prego nie)
4. Cendawan dalam tin dipotong nipis.

5. tomato biji yang dipotong dadu
6. herb (aku guna italian herb + oregano) oregano mmg sesuai tuk pasta.

step tuk buat gravy:

1. tumis bawang yg dh korang potong dadu sampai naik bau. lepas tu masukkan daging tuk empuk kn.. 


2. masukkan cendawan tuk empukkan skit.

3. masukkan sos prego. kacau rata n biar mendidih.

4. masukkan 2 herb tadi. agak - agak la. jgn byk sgt.

5. tomato yang potong dadu tadi masukkan last skali.


so dh siap dh gravy korang. so move to white sos.
nie bahan - bahan yang korg kene ada tuk white sos. 
1. masak butter, then letak tepung dalam 2 sudu. (xde dalam gambar. bile masuk je tepung korg terus gaul. xnk dia berketul2.)
2. Masukkan susu full krim. lepas tu cont' gaul tuk elak berketul.
3. Masukkan chesdale. aku suka letak byk. br sedap.

 biar mengelegak n dh siap. Sos putih nie klu lg byk n pekat lg sedap la. sbb tu aku letak chesdale byk2. masa ini aku dh xikut dh resepi yg kak ana bg. aku ikut tekak aku je.

so skang step ke tiga. lapisan lasagna

1. korg kene celur skit kepingan lasagna tuk dia lembik skit.


2. korang susun kepingan lasagna dalam dulang. mcm aku buat nie.


3. lepas susun mcm nie korg masukkan gravy bolognese tadi. mcm aku buat nie jugak


4. so penutup 3 lapisan nie is white sos. korg litup kn gravy bolognese nie ngn white sos. mcm aku buat nie jugak.


5. so ko ulang blk step yang sama. letak kepingan lasagna tadi atas white sos n repeat je blk step td smpi la 3 layer. (ikut suka korg la nk bape layer pn sbnrnyer.)

6. bile dh siap n nk bkr kene taburkan cheese nie. aku beli yg 3 jenis campuran cheese. br sedap terbaik n dabooom


comel je tgn itu....ko tabur penuh2. mmg terbaik la. then bakar. dalam 45 minit dh okay sbb sume lapisan tadi dh masak.

bile dh siap ready to eat. amik la pinggan. mmg terbaik. panas- panas makan mmg puas hati walaupun penat buat sbb leceh skit.

mmg terbaik dari ladang. klu ko nk diet jgn cite la nk buat lasagna nie. mmg hancur 18 diet.

selamat mencuba...


okay daaaaa..........


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...