m e & u

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 20, 2013

Laman Grill Chef Zubir


Aku kenal Chef Zubir nie dari masterchef la..mmg xtau la chef2 yg xmasuk tv kn. sbb aku bkn pegi carik chef tuk masak ape yg aku nk mkn. xmampu lg camtu. mula tau tentang laman grill pun dalam masterchef. tapi memula igt ada kt shah alam je. rupanya kt kajang pun ada. mmg cantik sgt la kene dkt ngn aku. klu takat kl aku gagah jugak pegi bile merayap ke kl 2. tp shah alam klu xde pape yg urgent mmg xkn pegi la.

So 3 minggu lps (haaa, nie mmg cite dh berhabuk)kami pegi la 3 berank tuk dinner. smpi sana dalam jam 7.30 mcm tu. xrmi org lg.

nie la kedainyer. Lokasi dekat dgn tol sg. chua kajang silk. tepi jalan je dh boleh nmpk. Dekat dgn kedai makanan Cibiuk. 

Masuk je dalam aku mcm terpegun. tetiba xtau mane nk duduk.hahahaah.punya byk tempat kosong boleh xtau nk duduk mane. cantik sgt. simple yet elegant. mmg deco dia sgt cantik. korang tgk gambar2 kt bwh nie.



 yg buat aku lagi tertarik n tenang je kt dalam tu adalah...LAGU YANG DIPASANG. nasyid. seriusly ko xpyh susah2 nk psg lagu mat saleh. lagu anak tempatan or org islam dh cukup. bagi aku tu 1 creativiti. 

ape kitaorg mkn???

nie en suami punya. Air flown australian prime steer grain fed freeman Victoria - rib eye. harga RM53.50 

nie aku punya. yg nie aku igt nama. Australian baby lamb foreshank. RM36.50.

Nie tuk safiyyah. Cabonara. byk anak aku mkn. berbaloi. seronok tgk dia suka. RM22.50

Punya la xsbr dia nk mkn. 

Tiramisu RM14.50

air yang kitaorg amik 2 jenis. orange juice n lime juice. range harga RM8.90 klu xsilap. aku dh lupa.  So total kitaorg kene RM144.80.

My review:
Food : 4 Star out of 5
Enviroment : 4 3/4 star out of 5
Service: 3.5 star out of 5
Waiter / crew : 3.5 star out of 5 (susah senyum)

so korang dh boleh bwk family pegi try. support bisnes orang melayu.

okay daaa...
 

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


Aku xtau la korang tau ke x aku keje kt mane? klu yg baca post lama2 tau la aku keje kt Universiti Tenaga Nasional n im still here. So 9 Nov smpi 12 Nov ari tu ada Majlis Konvokesyen. untuk 10 Nov tu ada penerima ijazah kehormat dan Tun Dr. Mahathir adalah penerimanya.

Punya la aku xcited. nie kali kedua aku jumpe dengan beliau. Kali pertama dekat Pavillion awal tahun ari tu. tu pn dlm jarak 100 meter. tapi kali nie jarak aku dgn Tun hanya 5 meter je. punya la dekat. seorang lelaki iaitu staff yang iring beliau je yang jd penghalang aku dgn Tun. eceh...dh mcm BF GF punya cite.

 tengok punya la dekat aku dgn Tun. sempat bertentang mata aku dgn Tun. tp nmpk la dia makin berusia tp xnmpk uzur. Yelah mcm dia kesihatan dia sgt2 dijaga.  

Tun dtg dgn wife dia seperti biasa. Tun Dr. Siti Hasmah. pun cantik n ciri2 isteri orang terpenting Malaysia masih ada n kekal humble mcm dulu. senyum memanjang.

masih maintain bukan...kecik je org nyer. antara benda lain yg aku pndg is Handbag beliau. Channel yg cute itu. hahaha.

Antara 3 generasi Perdana Menteri yang aku dh lahir, aku plg hormat n salute Tun Dr. M. Aku rs dia yang paling dekat ngn rakyat n sangat berkaliber jd PM. Ko tgk la punya dh maju dh beliau usahakn. biasa la klu ada silap sana sini. mcm2 versi yang kita dh dgr ape yang Tun Dr. M buat tp kene tgk ape yang telah dijayakan. sangat maju n membangun Malaysia.

Semoga pemerintahan Malaysia kini masih relevan & mengutamakan kepentingan rakyat dan orang melayu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...