m e & u

Daisypath Friendship tickers

Thursday, September 4, 2014

SALOMA DI ASTRO FIRST

 
Aku penah tgk P. Ramlee the musical. menangis tgk bile part P.Ramlee dh dilupakan, idea dia dikatakan kurang menarik & jatuh sakit. aku sedih part nie. sbb sebelum dia sakit & xdiingati dia la pujaan ramai. Skang nie kt Astro First Exclusive ada cerita Saloma plak. Movie nie berkisar tentang cerita kehidupan Primadona saloma dari kecik sehingga la dia sakit. Pengarah cerita nie Melissa Saila. 
 
 pelakon utama memegang watak saloma is Nabila Huda. peh...lakonan dia aku ckp ko..mmg terbaik. Cara lengang lengok badan, cara cakap & perwatakan persis orang dulu. sopan santun, cara bercakap mmg loghat orang dulu. Nabila huda mmg aku minat dari dulu...klu jd jahat mmg jahat sungguh, klu baik jd budak kampong budak naïf mmg akan nmpk sungguh baiknyer. lg 1 dia nie klu dia belakon jd orang kampong ia xkisah pn tuk X DI MAKEUP. so muka  tu akan nmpk natural & menepati watak orang kampong, Lakonan dia memang bermutu & layak anugerah.
 
nie gambar dari katil aku. tgh layan saloma dalam bilik memalam. mmg layan la. terbaik. thumb up tuk production team, crew & pelakon.
 
tu Nabila & tony yusof as Saloma & P Ramlee.
 
 
Make up & wardrobe cerita nie memang daboom. baju saloma cantik2. hair do dia mmg wallah...cantik sangat. tony Yusof sebagai P Ramlee..best jugak lakonan dia. mmg berbakat & Berjaya bawak watak nie.
 
lagi 1 watak yg terbaik & dedaboommmm is AR Tompel. yg bawak watak nie En. Azhan Rani. aku xleh nk pgl Azhan rani je. sbb dia cikgu aku...aku penah menuntut ilmu dari beliau masa kt UiTM dulu. dia pensyarah aku tuk 1 semester. mmg AR Tompel la. lakonan gerak badan cara gelak, cara bercakap terlalu AR Tompel. bab gigi tu mmg 1 usaha yg tinggi tuk production & En. Azhan. bukan mudah tuk pakai gigi tu & bercakap tanpa nmpk pelik tap serasi. tapi gambar dr hp aku xde tuk AR Tompel. So aku google aku jumpe la gmbr nie.
 
 
sama kan? bg aku bab mata dia ada nmpk lain skit. nie la pensyarah aku. ala pelakon. ramai kenal kan...dh popular pun skang,.
 
Korang boleh la beli movie nie kt ASTRO FIRST. rm20 je pun. dia akan masuk dalam bill bulanan Astro korang. RM20 leh tgk ulang2 tuk 3 hari xsilap aku. pegi je channel 480. ada guide mcm mane korang nk beli movie nie. cerita nie akan ada 2 bahagian. bahagian pertama : mencuri guruh dan bahagian kedua : Pandang Kaseh
 
Antara pelakon yg menjayakan filem nie Nabila Huda, Azhan Rani, Tony Eusof, hasnul Rahmat, Lisdawati, Sharifah Amani, Sazzy falak, Julia Ziegler, adik puteri balqis dan ramai lagi. Beli la korang. best cerita nie. Beli tau
 
Till we meet again
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...